| Jumaat, 11 April 2008 - Majlis Penyerahan Kunci Kompleks Marin/Jati Diri Tanjung Surat oleh JKR-GSB kepada Kastam DiRaja Malaysia telah berlangsung hari ini di Kompleks Kastam Tanjung Surat. Majlis Penyerahan kunci ini telah disampaikan oleh Pengarah Pembinaan JKR-GSB, Ir. Hj. Zulkifly Madon kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia , Dato’ Sri Hj. Abdul Rahman Abd. Hamid. Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Pencegahan), Dato’ Hjh. Mardina Hj.Alwi, Pengarah Kastam Negeri Johor, Dato’ Hjh. Halimah Salleh dan pegawai – pegawai kanan Kastam DiRaja Malaysia . Gerbang Perdana Sdn Bhd telah diwakili oleh pengarah urusannya Dato’ Yahya A. Jalil. |