| Selasa, 19 Ogos 2008 - Majlis Perasmian Kompleks Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, Kastam Marin dan Kem Jati Diri Tanjung Surat telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor.
Y.B. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Kastam DiRaja Malaysia dan YBhg. Tan Sri Razali Bin Ismail, Pengerusi Gerbang Perdana Sdn Bhd, telah mengiringi DYAM Tunku Mahkota naik ke pentas Khas DiRaja bagi menyempurnakan majlis perasmian kompleks. Lebih 400 tetamu yang terdiri daripada warga Kastam DiRaja Malaysia, JKR-GSB, pihak pengurusan Gerbang Perdana dan orang – orang kampung Tanjung Surat telah hadir menyaksikan majlis perasmian kompleks ini. |