| |
03 Oktober 2007, Rabu - Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kakitangan – kakitangan GPSB, JKR-GSB, Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPM) dan perunding – perunding Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB) di Restoran Asiana, Danga Bay.
Pengarah Urusan, Dato’ Yahya A. Jalil dan Pengarah Operasi, Tuan Haji Rostam Razali sebagai tuan rumah telah melayan tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Lebih empat ratus jemputan terdiri daripada kakitangan dan keluarga telah diraikan pada majlis ini.
|
| |
Turut hadir bersama-sama menyerikan majlis berbuka puasa ini ialah Pengarah Pembinaan, JKR-GSB, Ir. Tuan Haji Zulkifly Madon, Pengarah Operasi AMPM, En.Abdul Malek Abdul Jalil dan Pengarah GPSB, En. Kamal Hisham Jaafar.
|