Sumbangan ikhlas Gerbang Perdana kepada mangsa banjir di Pekan, Pahang
22 - 26 December 2007 - Pekan, Pahang
By Jaleel Abdul Rashid
Gerbang Perdana telah menyumbangkan barangan keperluan kepada mangsa banjir di daerah Pekan, Pahang. Sumbangan bantuan telah dihantar ke pusat bantuan banjir di Rumah Warga Emas Yayasan Raha dan Balai Raya Paloh Inai.
Penghantaran barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir ini telah dilakukan secara berperingkat iaitu selama lima hari berturut-turut dari 22 Disember hingga 26 Disember 2007. Barangan keperluan yang disumbangkan ini akan diagih agihkan kepada mangsa mangsa banjir sekitar daerah Pekan. Senarai barangan keperluan asas yang disumbangkan ialah seperti berikut
Beras
Gula
Tepung
Minyak Masak
Susu
Sardin
Milo
Sumbangan bantuan ini merupakan tanggungjawab sosial Gerbang Perdana sebagai sebuah syarikat swasta yang prihatin terhadap mangsa-mangsa banjir yang memerlukan keperluan asas khususnya daerah Pekan.