17 AUGUST 2010 -
dewan solat Masjid Kg.Tunku
By Jaleel Abdul Rashid
Pihak Pengurusan Kumpulan Syarikat IBEX telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg.Tunku, Petaling Jaya pada 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H. Seramai dua ratus jemputan yang terdiri daripada kakitangan – kakitangan - Syarikat Gerbang Perdana Sdn Bhd, AMPM Sdn Bhd, Ibex Security Sdn Bhd, H2O Sports Sdn Bhd dan Ahli Jemaah Masjid dan Badan Kebajikan serta Permuafakatan Anak- Anak Yatim Sg. Udang, Kelang telah bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa ini.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan, YBhg Dato’ Yahya bin A. Jalil dan YBhg Datin Mahmudah Binti Md. Ali bersama – sama meraikan para jemputan yang hadir terutama sekali empat puluh anak – anak yatim dari Sg.Udang, Kelang. Majlis dimulakan dengan sumbangan saguhati kepada anak-anak yatim yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Yahya dan YBhg Datin. Para jemputan kemudiannya dijemput untuk berbuka puasa dan seterusnya Solat Maghrib di dewan solat Masjid Kg.Tunku.
Selesai Solat Maghrib para jemputan dijemput ke dewan majlis bagi jamuan berbuka puasa. Majlis diteruskan dengan Solat Isya dan di akhiri dengan Solat Tarawih dan jamuan moreh di dewan majlis.
Majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan anak-anak yatim ini merupakan acara tahunan syarikat. Sempena bulan yang barakah ini pihak syarikat telah mengambil peluang yang ada untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin diantara pihak pengurusan dan kakitangan serta keluarga mereka.