Harapan Rakyat pada UMNO

“SAYA memanjatkan doa ke- sejahteraan dan keselamatan kepada Allah s.w.t untuk semua ahli UMNO di seluruh negara yang telah menghulurkan bakti dan sumbangan kepada parti, bangsa dan negara. Semoga segala pengorbanan dan khidmat mereka diterima sebagai amal yang akan menjadi cahaya menerangi kubur apabila mereka mati, memberi syafaat di hari hisab dan memberkati mizan kebaikan di atas timbang Allah s.w.t nanti. Semoga kemesraan dan kasih sayang di antara kita semua berkekalan, hingga kita dapat juga berjumpa di syurga nanti.

“Terakhir, kita memohon kepada Allah s.w.t, semoga menjadikan perjuangan dan usaha ini, ikhlas hanya untuk mencari keredhaannya. Kepada Allahlah kembalinya segala niat dan upaya, dan memelihara kita semua dari ketinggian duniawi yang membuat kita tinggi hati. Semoga Allah s.w.t mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah.”

- DATUK YAHYA A. JALIL, Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn. Bhd.