| |
Pihak Pengurusan Kumpulan Syarikat IBEX telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg.Tunku, Petaling Jaya pada 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H. Seramai dua ratus jemputan yang terdiri daripada kakitangan – kakitangan - Syarikat Gerbang Perdana Sdn Bhd, AMPM Sdn Bhd, Ibex Security Sdn Bhd, H2O Sports Sdn Bhd dan Ahli Jemaah Masjid dan Badan Kebajikan serta Permuafakatan Anak- Anak Yatim Sg. Udang, Kelang telah bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa ini.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan, YBhg Dato’ Yahya bin A. Jalil dan YBhg Datin Mahmudah Binti Md. Ali bersama – sama meraikan para jemputan yang hadir terutama sekali empat puluh anak – anak yatim dari Sg.Udang, Kelang. Majlis dimulakan dengan sumbangan saguhati kepada anak-anak yatim yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Yahya dan YBhg Datin. Para jemputan kemudiannya dijemput untuk berbuka puasa dan seterusnya Solat Maghrib di dewan solat Masjid Kg.Tunku. |